seismik

“Rasa Nak Kahwin” - Pegang Dagu Suami Masa Live, Netizen Cair Tengok Neelofa & PU Riz

"Bila Lofa cerita pasal kotak pun boleh viral" - Netizen.

Cover image via @user637484748 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak kenal dengan pasangan pengantin baru, Neelofa dan PU Riz

Mereka dikenali sebagai pasangan yang romantis dan sering memberikan inspirasi buat orang ramai terutamanya perkongsian ilmu agama. Neelofa dan PU Riz sememangnya mudah mendapat perhatian netizen di media sosial.

Seperti baru-baru ini, tular video di mana Neelofa memegang dagu suaminya sambil bertentang mata di dalam sebuah live mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami jealous dengan kotak, terus tersengih bila Neelofa pegang dagu

Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok @nhtruelove, pasangan itu dilihat sedang membuat rakaman live sambil membuat review sebuah produk.

Namun, sebaik saja Neelofa berkata dia jatuh cinta dengan kotak itu, suaminya pantas bertanya "awak jatuh cinta dengan kotak ni?" dan Neelofa pula menjawab "iya, tak boleh eh?" sambil memegang dagu PU Riz.

PU Riz kemudiannya terus tergelak kecil melihat gelagat Neelofa yang spontan mengusiknya semasa sedang live.

"Aku pula yang tersengih sorang-sorang, bersemut telefon sweet sangat" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 668K tontonan, 54.9K tanda suka serta 507 perkongsian di TikTok.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut merasa cair melihat adegan sweet Neelofa dan PU Riz sehingga ada yang tiba-tiba rasa nak kahwin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga cinta mereka kekal hingga ke jannah. Amin Ya Rabbal Alamin :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: