seismik

[RASMI] Proton Sah Dilantik Jadi Pengedar Model EV Smart Di Malaysia & Thailand

Model pertama bakal menyusul hujung tahun 2023.

Cover image via Proton Cars (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Proton akhirnya memuktamadkan perjanjian untuk menjual dan servis kenderaan tenaga baharu (EV) premium daripada Smart Automobile Company (Smart) di Malaysia dan Thailand dengan menandatangani Perjanjian Pengedaran Am

Menurut laporan, kedua-dua pihak memberikan persetujuan untuk membuka jalan kepada pengenalan kenderaan tenaga baharu oleh pengeluar kenderaan nasional.

Model pertama Smart yang akan dijual oleh Proton semasa fasa pertama kerjasama ini akan dilancarkan pada awal suku akhir tahun 2023.

Image via NTSP/Faiz Anuar

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, berkata pihaknya akan bertanggungjawab sebagai pengedar, penjual dan servis kenderaan EV itu di pasaran Malaysia dan Thailand.

"Fasa pertama bukan hanya tertumpu kepada penjualan semata-mata, tetapi juga mengambil pengetahuan dan pengalaman dalam pengendalian servis dan pengecasan EV.

"Peralihan ke dalam segmen pasaran ini juga akan membantu memacu PROTON ke arah mesra alam sejajar dengan sasaran neutraliti karbon kerajaan menjelang 2050," katanya.

Model Smart #1 akan menjadi EV pertama dijual oleh Proton tahun depan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata bagi peringkat permulaan, pengeluar kereta nasional itu menyasarkan jualan sebanyak 800 hingga 1,000 unit setahun atau sekitar 10,000 unit sehingga 2027.

Jelasnya, hanya satu model import sepenuhnya (CBU) yang ditawarkan iaitu Smart #1 sebelum mengembangkannya ke model keluaran Smart Automotive yang lain.

Mengenai harga jualan Smart #1 pula, beliau berkata Proton masih tidak menetapkan harga jualan tetapi berusaha untuk menjualnya pada harga yang berpatutan.

"Kami bawa masuk model CBU daripada Smart Automotive dan Proton akan bertindak sebagai pengedar, penjual dan servis kenderaan itu.

"Bagi melaksanakan pemasangan tempatan (CKD) pula, masih lagi di peringkat awal dan kami perlu melihat kepada permintaan dan faktor lain sebelum boleh melaksanakannya.

"Apa yang penting ketika ini adalah meningkatkan kesedaran pembeli mengenai kepentingan kenderaan EV dan pengukuhan infrastruktur EV di Malaysia," ujarnya.

Proton mohon kerajaan lanjutkan lagi tempoh insentif pengecualian sepenuhnya duti import, eksais dan cukai jualan kenderaan EV

Jelas Roslan lagi, ini kerana ia disifatkan sebagai pemangkin bagi menjana permintaan serta pasaran kenderaan sedemikian.

Ditanya sama ada Proton terlalu lambat memasarkan kenderaan EV daripada Smart Automotive sehingga hujung tahun depan, beliau menjelaskan terdapat banyak manfaat yang boleh dicapai kumpulan menerusi langkah itu.

"Langkah menyediakan kenderaan EV dari Smart Automotive pada hujung tahun depan dapat memberikan kami peluang untuk mengkaji dan mempelajari kehendak pasaran.

"Ini bagi menjadikan model EV ini kelak dapat menepati kehendak pengguna Malaysia selain memastikan ekosistem infrastruktur EV dapat dipertingkatkan."

"Namun, ia akan tersedia untuk tatapan umum pada suku kedua tahun depan sebelum tempahan dibuka. Mengenai harga pula, ia akan diumumkan nanti," katanya.

Image via Nextrift
Image via Nextrift

Sebagai rekod, Smart EV di Malaysia akan dikendalikan oleh syarikat pengedar baharu yang dikenali sebagai Proton New Energy Technology Sdn Bhd. 

Model EV yang dijangka akan dilancarkan oleh Proton ialah Smart #1 yang mempunyai jarak gerak sehingga 560 km dan dilengkapi dengan motor elektrik dipasang di belakang yang mengeluarkan 272 PS dan 343 Nm.

Harga dan spesifikasi untuk model Smart #1 pasaran Malaysia masih belum disahkan, jualan hanya akan bermula pada suku ke-4 2023.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: