"Respect Cikgu" - Menulis Atas Lantai Nak Bagi Murid Senang Faham, Cikgu Ini Terima Pujian
Gigih cikgu menulis demi anak murid dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, sesi pembelajaran terpaksa dilakukan secara online daripada bersemuka untuk mengekang wabak Covid-19 buat sementara waktu
Sudah pasti banyak cabaran yang terpaksa dihadapi terutamanya bagi cikgu kerana perlu membiasakan diri mengajar secara online. Tambahan lagi untuk pelajar memahami apa yang cuba disampaikan oleh cikgu berkenaan.
Disebabkan itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh cikgu untuk memastikan anak murid mereka memahami apa yang diajar.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang cikgu lelaki menulis di atas lantai untuk mengajar mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tetap mahu tulis atas lantai walaupun anak offer bagi whiteboard
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis yang juga anak kepada cikgu tersebut berkongsi kegigihan bapanya itu semasa sedang mengajar pelajarnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah cikgu itu sampai menulis di lantai rumahnya bagi memudahkan pelajarnya untuk memahami dengan jelas apa yang diajar.
Gadis itu turut memberitahu dia ada menyuruh bapanya itu untuk menulis menggunakan whiteboard saja, tetapi si bapa tidak mahu kerana lebih selesa untuk menulis di lantai katanya. Ianya mungkin kerana ruang lantai yang lebih besar dan mudah untuk difahami.
"Strugglenya, harap murid pun struggle macam cikgu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kegigihan cikgu tersebut yang sanggup menulis di atas lantai.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 154.1K likes dan 2,580 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: