Rider Hairan Pelanggan Tak Bagi Naik Rumah Hantar Makanan, Rupa-Rupanya Nak Guna Cara Lain
Senang berurusan ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita dapat lihat sekarang, pelbagai aplikasi makanan yang boleh kita pilih dan terus dihantar depan rumah
Tidak dinafikan ia sangat memudahkan kerja kita daripada membeli di luar betul tak? Boleh dikatakan semua jenis makanan dah ada sekarang. Kita hanya perlu order saja.
Tetapi, bagi penghantar makanan atau rider, kerja ini sedikit berisiko kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai situasi untuk memastikan makanan sampai kepada pelanggan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang rider berkongsi kisah seorang pelanggannya yang menggunakan cara yang unik untuk mengambil makanan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Turunkan baldi dari tingkat atas untuk ambil makanan
Menerusi video tersebut, kelihatan pada masa itu seorang abang rider mahu menghantar makanan di salah sebuah rumah flat.
Setibanya sampai di situ, pelanggannya memberitahu dia tidak mahu turun mengambil makanan menyebabkan rider tersebut berniat untuk naik ke rumah. Namun, pelanggannya itu juga memberitahu rider itu tidak perlu juga untuk naik membuatkan dia merasa hairan.
Rupa-rupanya pelanggan tersebut mahu menggunakan baldi yang diturunkan dari tingkat atas untuk mengambil makanan.
"Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 226K likes dan 6,876 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: