seismik

Rindunya Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak Ramai

Sediakan tisu siap-siap.

Cover image via ecoBrown's (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Namun, adakah dengan ungkapan ini saja sudah mampu membuktikan kasih sayang kita kepada mereka?

Tampil mengetengahkan tema kekeluargaan, tahun ini jenama beras terkemuka ecoBrown’s mencuri tumpuan ramai apabila filem pendek terbitan syarikat itu tular di media sosial.

Kurang seminggu dimuat naik di laman Facebook rasmi ecoBrown’s, filem pendek berjudul ‘Kasih Yang Kekal’ berjaya meraih lebih tiga juta tontonan dengan 90 ribu tanda suka dan 24 ribu perkongsian.

Lebih memilukan, tinjauan SAYS Seismik di ruangan komen mendapati rata-rata penonton terdiri daripada anak perantauan meninggalkan komen hiba apabila tidak dapat pulang beraya di kampung.

Ia berikutan terdapat babak menunjukkan watak si anak bernama Wan yang sudah lama tidak bercuti, tahun ini berpeluang pulang ke kampung halaman memandangkan dia bertugas dalam daerah sama.

Watak Wan sebagai tentera juga adalah simbolik penghargaan, didedasikan kepada semua petugas barisan hadapan negara yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi negara.

Dibintangi Naim Daniel, Hasnul Rahmat dan Julia Farhana, ‘Kasih Yang Kekal’ pasti membuatkan anda menitiskan air mata.

Tonton video penuh ‘Kasih Yang Kekal’ di bawah ini:

Hargai selagi masih ada

Menerusi karya hebat ini, ecoBrown’s mengajak rakyat Malaysia memanfaatkan setiap peluang yang ada dengan menghargai insan tersayang. 

Jika dahulu ibu dan ayah sanggup berkorban segalanya demi membesarkan anak, kini tiba giliran kita untuk membalas jasa mereka.

Apatah lagi pada saat mereka meniti usia tua, perhatian dan kasih sayang daripada insan bernama anak adalah satu nikmat besar yang cukup menggembirakan.

Pemakanan sihat

Image via ecoBrown's

Bagi memastikan kesihatan insan tersayang terus terjaga, keperluan asas seperti amalan pemakanan sihat harus dititikberatkan.

Apatah lagi, jika ibu atau ayah anda menghidap penyakit diabetes, pemilihan diet yang sesuai penting untuk memastikan paras gula dalam darah terkawal sekali gus menghindari risiko lebih kronik.

Memahami keperluan itu, ecoBrown’s tampil memperkenal Beras Perang Kukus ecoBrown’s. Ia adalah beras bijirin penuh yang diperakui rendah Indeks Glisemik (GI).

Beras Perang Kukus ecoBrown’s tidak sama seperti beras perang lain di pasaran kerana ia mempunyai tekstur lebih lembut, mudah dicerna dan rasa sedap seakan nasi putih biasa.

Beras ini dihasilkan menerusi proses pengukusan unik, membenarkan vitamin dan mineral dalam lapisan bran meresap terus ke dalam endosperma. Ia kemudian melalui proses pengeringan dan akhirnya dibungkus secara vakum bagi memastikan kualiti dan khasiatnya kekal terpelihara.

Paling penting, Beras Perang Kukus ecoBrown’s produk buatan Malaysia dan ia mendapat pensijilan halal daripada JAKIM. Dengan segala kelebihan dan khasiatnya, Beras Perang Kukus ecoBrown’s sebenarnya sesuai untuk setiap generasi dan seisi keluarga!

Langgan pakej bulanan lebih mudah, jimat!

Image via ecoBrown's

Walaupun anda mungkin berada jauh di perantauan, ia bukan penghalang untuk memastikan keperluan dan kebajikan keluarga tersayang di kampung halaman lengkap sempurna.

Jika anda bimbang bekalan beras terputus atau tidak mahu ibu atau ayah anda bersusah payah membeli beras di luar, ecoBrown’s menawarkan penyelesaian terbaik menerusi pakej langganan selama enam bulan.

Dengan melanggan pakej itu, ecoBrown’s akan memastikan lima kilogram Beras Perang Kukus ecoBrown’s dihantar ke kediaman keluarga anda setiap bulan tanpa sebarang caj penghantaran! Bagi anda yang berminat untuk melanggan pakej bulanan ini, layari www.shop.ecobrown.com.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: