seismik

Rupanya Ramai Yang Bantu Disebalik Video YouTube Orang Asli Bina Rumah Di Dalam Hutan

Mesti ramai yang dah kena tipu.

Cover image via @mr.chhun168 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi seorang YouTuber tidak mudah seperti yang disangkakan

Tetapi, konten yang dihasilkan mestilah yang dapat menarik perhatian orang ramai seperti konten orang Asli bina rumah di dalam hutan dengan menggali tanah sendiri tanpa peralatan khas berjaya tarik perhatian ramai.

Namun, sebuah video yang mendedahkan tentang disebalik tabir pengambaran konten tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana selama ini ramai penonton berpendapat bahawa mereka membina rumah tersebut tanpa sebarang peralatan atau pertolongan.

Berbeza dengan apa yang disangkakan oleh penonton selama ini

Menerusi video tersebut, di sebalik video-video yang sering kali hanya menampilkan dua atau tiga individu, sebenarnya terdapat banyak individu di belakang tabir yang membantu dalam proses pembuatannya.

Namun, peralatan canggih seperti kamera dan stabilizer turut digunakan untuk menjalankan penggambaran konten yang berkualiti.dan ianya berbeza dengan apa yang penonton sangkakan selama ini.

"Haha anda kena prank" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 52.9K tontonan, 283.1K tanda suka dan 3.2K komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@mr.chhun168 ក្រៅពីភ្លៀងគ្មានអ្វីធ្លាក់ពីលើមេឃដោយងាយៗនោះទេ#youtube #youtuber #primitive #build #building #underground #undergroundhouse original sound - MUSICIAN MAN

Bukan korang je kena tipu tapi admin pun ditipu hidup-hidup :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: