seismik

"Salah Buaian" - Budak Kecil Teruja Main Buai, Sekali Jatuh Pula Undang Tawa Ramai

Salahkan buai tu dik.

Cover image via @maaruf01 (TikTok)

Budak kecil dengan mainan memang tidak dapat dipisahkan

Tambahan lagi, kalau mereka nampak buaian, basikal, skuter dan macam-macam lagi permainan. Confirm akan main dan duduk sampai puas. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil seronok main buaian, tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sempat nak menikmati, sekali dah jatuh

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang seronok ingin bermain buaian yang ada di rumahnya.

Sebaik saja dia duduk di atas buaian itu, dia hanya sempat menikmati buaian itu selama tiga saat saja. Selepas itu, dia terus terjatuh ke atas lantai. Mukanya yang berhati-hati itu telah menarik perhatian ramai.

"Mesti dia dah trauma nak naik lagi kan? Ke tak serik?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 288K tontonan, 13K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian dia jatuh macam tu, semua salah buai tu kan dik! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: