x

seismik

"Dunia Luar Terlalu Kejam" - Ikan Datang Balik Lepas Dibuang Sungai Raih 11 Juta Tontonan

Sayang betul ikan tu dengan tuannya.

Cover image via @xwsmx__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, ada yang suka membela ikan di rumah

Kebiasaannya, orang yang memelihara ikan akan menyediakan akuarium untuk ikan-ikan mereka. Hal ini supaya ikan itu dapat ruangan yang lebih besar dan boleh meneruskan kehidupan. 

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda dilihat membuang ikannya ke sungai tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Campak dan buang ikan, sekali datang balik ke arah tuan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda meletakkan ikannya ke dalam bekas yang kecil.

Dia kemudian dilihat mencampak dan membuang ikan itu ke dalam sungai. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ikan itu dilihat berenang kembali ke arah tuannya.

"Melawan hukum betul ikan ni, pelik bin ajaib" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 11M tontonan, 1.5M tanda suka dan 16K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

First time nampak ikan jinak macam ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: