seismik

Selamba Cop Parking, Selebriti Elvina Naik Berang Lihat Gelagat Manusia Tidak Beretika

Suka hati dia je.

Cover image via @elvinamohamad (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budaya cop parking mampu menggangu limitasi sebagai pengguna hak milik awam.

Sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab akan meletakkan objek di petak parkir bagi mengelakkan orang lain meletakkan kenderaan di kawasan parkir itu.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang selebriti iaitu Elvina Mohamad naik berang selepas melihat individu yang tidak bertanggungjawab cop petak parkir berdekatan kenderaannya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@elvinamohamad

Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!

original sound - Elvina Mohamad

Sudah banyak kali ditegur, tetapi masih buat tak tahu

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @elvinamohamad di TikToknya, gelagat seorang wanita yang dilihat ego tidak mahu mengalah selepas dia ditegur kerana melakukan kesalahan cop parkir telah mencuri tumpuan ramai.

Wanita itu dengan selamba menghalang kenderaan milik Elvina Mohamad dengan alasan dia sudah lama menunggu dan cop kawasan petak parkir tersebut.

"Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak cop-cop parking! Kita ni punya la 3-4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang-senang dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia" jelas selebriti itu di ruangan kapsyen.

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

"Ada akta untuk kenakan tindakan sebab cop parking" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet juga turut tidak berpuas hati dengan gelagat tidak bertanggungjawab oleh wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 2.5M tontonan, 163.3K tanda suka dan 4.1K komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen daripada warganet di TikTok:

Image via googleapis.com

Dia ingat tempat parkir tu dia yang punya ke? :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: