Sesi Bermaafan Pemuda Ini & Ayahnya Undang Sebak, Tapi 'Soalan' Si Abang Pula Cari Pasal
Alahai, tak jadi nak nangis.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari raya merupakan salah satu detik yang amat bermakna bagi anak-anak untuk meminta ampun daripada ibu bapa
Ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh meminta maaf kepada mereka di hari-hari biasa, namun ianya lebih afdhal dan perasaan sebak itu jadi lain macam bila tibanya pagi Syawal. Betul tak?
Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila sesi bersalaman dan bermaafan seorang pemuda bersama ayahnya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah sebak minta maaf dengan ayah, tiba-tiba soalan abang pula undang tawa
Menerusi rakaman berdurasi 52 saat yang dikongsi oleh Alam Semesta, kelihatan dia sedang bersalaman dengan ayahnya sambil meminta maaf.
Ramai yang sebak dan gagal tahan air mata apabila pemuda itu berkata "Alam takda niat nak buat ayah macam tu" semasa mereka berpelukan. Ibunya juga dilihat sempat mengesat air mata.
Namun, abangnya secara tiba-tiba bertanya "Alam berlakon ke?" dan ia membuatkan ramai ketawa selepas mendengar ayat spontannya itu.
Tanpa menghiraukan soalan si abang, pemuda itu pantas memohon maaf kepada ibunya pula. Pada ketika itu, ayahnya dilihat sedang mengelap air mata.
"Vibe dia lain bila kita salam minta maaf dekat ayah auto jadi hati tisu" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 151.2K views, 22.2K likes dan 232 shares di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut sebak selepas melihat pemuda itu meminta maaf kepada ayah dan ibunya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Tak bolehlah kalau bab minta maaf dengan ayah ni sensitif dia lain macam sikit. Korang setuju tak? :'(