seismik

Siapakah Peserta Terbaik Yang Bakal Menempah Tempat Ke Pentas Finale CSOIAM?

Bahang semakin terasa apabila Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kini memasuki minggu separuh akhir!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pejam celik, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) sudah pun berada di minggu separuh akhir!

Minggu lalu, episod keenam menyaksikan kesemua peserta berpeluang berduet dengan bintang terkenal seperti Marsha Milan, Aisha Retno, Shiha Zikir, Khai Bahar, Haqiem Rusli, dan Amir Masdi.

Persembahan yang penuh emosi dan bertenaga telah mencuri perhatian penonton, tetapi sayangnya, Eylia Guntabid terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas perjalanan hebatnya dalam pertandingan ini.

Minggu ini, pentas separuh akhir bakal membawa tema yang cukup istimewa, Melodi Cerita Kita! Kesemua Top 5 akan menyampaikan lagu-lagu ikonik daripada OST drama dan filem yang pastinya akan membangkitkan nostalgia serta menguji versatiliti mereka. 

Persaingan semakin sengit, siapakah yang akan berjaya menempah tiket ke pentas finale CSOIAM? Saksikan kehebatan mereka dalam episod yang penuh debaran ini!

Image via TV3 Malaysia

Lebih mengujakan, pentas CSOIAM minggu ini akan dikejutkan dengan satu fenomena luar biasa!

Kumpulan lagenda rock tanah air, Search, akan membuat kemunculan istimewa dengan persembahan pembukaan yang pasti menggegarkan! 

Sudah lama mereka tidak beraksi secara langsung, dan kini mereka kembali dengan dua lagu malar segar, Gelora Cintaku dan Fantasia Bulan Madu. 

Bersedialah untuk menyanyi bersama kerana ini adalah persembahan yang bakal mengubat rindu anda semua yang menonton!

Image via TV3 Malaysia

Bukan itu sahaja, episod separuh akhir ini turut menyaksikan kehadiran Shila Amzah sebagai juri jemputan! 

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri muzik serta pencapaiannya yang mengagumkan di peringkat antarabangsa, Shila akan bergandingan bersama juri tetap CSOIAM, Dato’ Yusry, Ziana Zain, dan Cakra Khan. 

Kombinasi juri-juri ini pastinya akan memberikan komen yang membina bagi merebut juara dan hadiah bernilai RM1 Juta!

Kejutan tidak berhenti di situ! Di penghujung rancangan, Ade Govinda akan membuat penampilan khas bersama Cakra Khan dengan persembahan duet istimewa, Masing-Masing dan Kamu Adalah. 

Ade Govinda, komposer berbakat dari Indonesia, terkenal dengan lagu-lagu hits yang mencuri hati ramai peminat. Kehadirannya di pentas CSOIAM pasti menjadikan episod ini lebih istimewa dan hangat!

Adakah anda bersedia untuk "Melodi Cerita Kita!" di episod ketujuh Calpis Soda One In A Million minggu ini?

Kini, hanya lima peserta yang tinggal di pentas CSOIAM iaitu Marygrace, Jimi, Zazleen, Mariam, dan Kai Deva.

Cabaran semakin sengit, dan setiap persembahan menjadi lebih kritikal. Dengan 40% keputusan di tangan penonton, jangan lupa untuk terus mengundi peserta kegemaran anda!

Episod ini penuh dengan elemen kejutan, persembahan ikonik, dan drama yang tidak boleh dilepaskan.

Nantikan kolaborasi hebat, persembahan memukau mereka dan perjalanan Top 5 menuju pentas finale. 

Jangan lupa saksikannya secara langsung di TV3 pada Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam HD di Tonton. Undi dan jadilah sebahagian daripada sejarah CSOIAM!

Image via TV3 Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: