seismik

"Silent Killer" - Kenapa Kentut Yang Tak Berbunyi Lebih Berbau? Ini Penjelasan Pakar

Ingatkan senyap-senyap terus lega. Sekali bau, terus sakit kepala.

Cover image via The Diagnosa & Farmacia Ruggeri

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengapa kentut seringkali berbau busuk?

Bercakap tentang kentut atau 'buang angin', terdapat beberapa faktor yang menjadi punca mengapa kentut itu boleh berbau busuk.

Antaranya ialah berpunca disebabkan makanan tinggi serat, ubat-ubatan, sembelit, pembentukan bakteria dan lain-lain.

Lain pula topik kali ini, untaian tweet oleh doktor pakar ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet apabila beliau membahaskan berkenaan 'bunyi' kentut di laman Twitternya.

Baca ciapan tweet penuh itu di bawah:

Bukan saja bau, punca 'bunyi kentut' juga boleh terjadi disebabkan pengambilan jenis makanan

Menerusi untaian tweet yang dimuat naik oleh doktor @khairul_hafidz di Twitter, perbezaan jumlah gas yang dilepaskan semasa kentut boleh menjadi faktor kepada penghasilan bunyi 'angin' tersebut.

"Kentut yang bunyinya kuat jarang berbau.
Ini kerana kentut itu mengandungi jumlah gas yang tinggi & tiada berbau seperti N, O2, H, CO2, & methane." jelasnya.

"Kentut yang tiada bunyi selalunya busuk.
Kerana jumlah gas yang rendah & mengandungi gas hydrogen sulfide (pencernaan sulfur)." tulis doktor Khairul di Twitternya.

Image via @khairul_hafidz
Image via @khairul_hafidz
Image via @khairul_hafidz

"Kentut yang jenis mana lagi ok ye? nak cuba amalkan" - Netizen

Tinjauan di ruangan reply mendapati rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman dan gurauan selepas meraih maklumat serta ilmu daripada ciapan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, tweet berkenaan telah meraih 11.1K retweets, 965 qoute tweets dan 15.8K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara reply daripada netizen di Twitter:

Image via @khairul_hafidz
Image via @khairul_hafidz
Image via @khairul_hafidz

Kentut bunyi salah. Kentut senyap pula rasa serba salah :p

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: