Suami Siap Payung Risau Kena Hujan Masa Nyanyi, Ramai Tak Keruan Tengok Show Najwa Latif
Awh, so sweet pengantin baru ni!
Siapa je dalam Malaysia ini yang tidak kenal dengan penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif bukan?
Penyanyi itu baru saja berkahwin beberapa minggu lalu dengan pasangan pilihan hatinya Akwa Arifin yang juga merupakan seorang penyanyi.
Seperti pasangan lain, gelagat Najwa dan Akwa dikatakan sangat sweet dan serasi apabila membuat video bersama dan menjawab soalan daripada followers mereka di media sosial.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan aksi Akwa datang membawa payung untuk melindungi Najwa semasa dia sedang menyanyi telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami tiba-tiba datang bawa payung sebab tak nak isteri kena hujan, penonton pula yang jadi tak keruan
Menerusi perkongsian video daripada @ainfiaaa, kelihatan Najwa sedang membuat persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia sedang menyanyikan sebuah lagu, tiba-tiba hujan mula turun. Tetapi, itu tidak menghalang Najwa untuk meneruskan nyanyiannya.
Lebih membuatkan ramai bersorak adalah apabila Akwa datang dari arah belakang pentas membawa payung dan terus memayungi isterinya supaya tidak terkena hujan.
"Semua video yang FYP part ni, aku duk ulang-ulang sambil senyum. Meronta-ronta jiwa single aku" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 790K tontonan, 78.4K tanda suka serta 1.2K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut cair melihat aksi pasangan romantis itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!