Dua Orang Anak Muda Ini Lancarkan Aplikasi Untuk 'Freelancer' Jana Side Income. Respect!
Side incomes? Yes!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui, kini ramai yang kehilangan pekerjaan di saat pandemik berlaku dalam negara
Disebabkan pandemik yang berlaku, ekonomi negara juga sedikit sebanyak terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan penularan wabak penyakit Covid-10. Banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup buat sementara waktu mengikut fasa-fasa negeri tertentu.
Baru-baru ini, tular sebuah ciapan di Twitter yang memaparkan seorang pemuda melancarkan aplikasi untuk freelancer bagi gig ekonomi telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Raih sebanyak 12K ciapan, aplikasi ini dilancarkan untuk membantu pekerja pelbagai bidang meraih pendapatan
Alfina dan Emad merupakan pengasas aplikasi yang dikenali sebagai Swifty Pro dan Swifty. Tujuan mereka melancarkan aplikasi ini adalah untuk membantu peniaga diluar sana untuk kelangsungan hidup.
Aplikasi Swifty Pro membolehkan seluruh freelancers untuk mendaftarkan servis mereka di aplikasi tersebut. Manakala Swifty pula untuk pengguna yang ingin melanggan perkhidmatan yang sedia ada.
Selepas menemu ramah dengan pengasas, mereka mengatakan bahawa terdapat ramai yang mendaftarkan diri. Ramai yang berbakat dalam pelbagai bidang seperti merias wajah, memperbaiki perkakas elektrik di rumah, proofreading, tutor dan sebagainya.
Setakat ini, aplikasi ini hanya tersedia di kawasan Selangor saja. Kemungkinan, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada seluruh negeri pada masa akan datang.
Kelihatan aplikasi tersebut mendapat sambutan hangat daripada netizen di Twitter
Tambahan lagi, rata-rata netizen turut kagum dengan effort mereka. Ramai juga ingin ingin mendaftarkan diri.
Anda juga boleh muat turun aplikasi tersebut di sini (Android) dan sini (IOS).
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan mendapat lebih 11K ciapan dan 8K tanda suka di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: