seismik

Syarikat Asal Dari Terengganu, Chicken Cottage Rasmi Pembukaan Cawangan Ke-67 Di London

Pembukaan itu juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 Chicken Cottage.

Cover image via Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc, Chicken Cottage dengan bangganya berjaya membuka cawangan ke-67 di Camden Town, London

Dalam satu kenyataan di Facebook, Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pembukaan premis terbaru berkenaan sebagai pencapaian yang bagus buat jenama itu.

"Alhamdulillah, satu lagi pencapaian bermakna buat Chicken Cottage di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc. dengan pembukaan cawangan ke-67 di Camden Town, London. Pembukaan ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhannya.

"Pembukaan outlet baharu ini bukan sahaja mencerminkan daya saing jenama ini di persada antarabangsa, malah penerimaan masyarakat luar terhadap jenama halal ini.

"Kami berbangga dengan pencapaian jenama ini dan berharap agar Chicken Cottage dapat terus berkembang maju sekali gus membawa nama Malaysia dan Terengganu ke peringkat global," katanya.

Untuk makluman anda, Chicken Cottage terkenal dengan hidangan ayam goreng dan panggangnya, telah membina reputasi sebagai jenama makanan halal berkualiti dengan kehadiran lebih 60 'outlet' di UK termasuk di kota besar seperti Glasgow, Newcastle, Cambridge, Oxford, dan Canterbury.

Transformasi Chicken Cottage selepas itu menjadi semakin maju sejak dua tahun lalu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Chicken Cottage, Greg Milne menerajui syarikat ini dan memperkenalkan reka bentuk dalaman moden, kios digital, serta aplikasi mudah alih bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Dato’ Zakri Jaafar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: