seismik

Netizen Naik Angin Bila T.I Dengan Bangga Mengaku Hantar Anak ‘Check’ Dara Setiap Tahun

Tak boleh nak brain.

Cover image via

Ingatkan bila dah masuk era serba moden ini, kita tidak akan terjumpa lagi kisah-kisah ibu bapa yang terlalu mengongkong ini

Ternyata anggapan itu salah sama sekali!

Image via giphy

Rapper, T.I atau nama sebenarnya, Clifford Joseph Harris Jr. baru-baru ini mengaku bahawa dia sering membuat ujian ginekologi untuk memastikan anaknya masih lagi dara. 

Memetik laporan Washington Post, dia yang popular dengan lagu Live Your Life berkata demikian dalam sebuah podcast bertajuk Ladies Like Us yang dihoskan oleh Nazanin Mandi dan Nadia Moham.

Deyjah Harris.

Image via Instagram @prinncess_of_da_south

Katanya, saban tahun dia akan membawa anaknya, Deyjah Harris, 18 tahun ke klinik ginekologi untuk menjalan ujian untuk memastikan hymen tidak terkoyak sekaligus memastikan anaknya masih lagi dara.

Lebih mengejutkan apabila tradisi tersebut sudah bermula sejak Deyjah berumur 16 tahun lagi

Gambar sekadar hiasan.

Image via justdial

"Kita akan meraikan hari jadi dia (Deyjah) seperti biasa. Kira-kira sehari lepas parti, dia dah buka hadiah semua saya akan letak nota di pintu biliknya memberitahu mengenai temu janji dengan klinik ginekologi untuk keesokan hari," katanya.

Selain itu, T.I dengan bangga turut bercerita bagaimana dia memaksa anaknya menandatangani borang persetujuan supaya doktor boleh berkongsi keputusan ujian itu dengannya

"Bila doktor terangkan proses bagaimana ujian tersebut dijalankan dan saya meminta agar keputusan ujian itu dikongsi dengan saya.

T.I.

Image via Complex

"Saya bertanya kepada Deyjah di hadapan doktor jika dia ada sesuatu untuk disorokkan daripada saya dan dia akan memberikan persetujuannya," jelasnya lagi.

Dia juga menolak penerangan doktor bahawa hymen wanita boleh terkoyak sekiranya mereka aktif dalam bersukan atau membuat aktiviti fizikal

"Saya akan terangkan kepada doktor bahawa dia tidak terlibat dalam aktviti menunggang kuda atau pun basikal dan dia juga tidak aktif bersukan. Jadi tolonglah pastikan hymen dia tidak terkoyak dan berikan keputusan ujian dengan cepat. 

"Setakat hari ini, pada hari lahir yang ke-18, saya boleh katanya yang dia masih lagi dara," katanya. 

Susulan itu, ramai yang mengkritik sikap keterlaluan T.I itu dan ramai memberikan kata-kata sokongan terhadap Deyjah di laman media sosial

Malah, menggunakan laman Twitter miliknya, Deyjah telah memuat naik status membalas sokongan yang netizen berikan terhadapnya. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini

You may be interested in: