seismik

Tak Mahu Bayar Parking, Individu Bengang Kereta Kena Calar Dengan 'Ulat Parking'

Suka hati je dia buat macam tu.

Cover image via @ballerina2906 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, jalan di bandar raya Kuala Lumpur sentiasa sesak kerana menjadi tumpuan ramai

Malah, kedai dan makanan viral juga banyak dijual di tengah bandar raya, jadi disebabkan itu ramai berpusu-pusu mahu mencuba.

Sudah tentu, mencari parkir adalah masalah utama jika anda memandu. Bukan itu saja, harga parkir sekarang ini juga agak mahal dan tidak berbaloi.

Oleh kerana itu, ramai yang mula parkir di lorong-lorong untuk mengelak daripada membayar mahal. Namun, sekarang di lorong-lorong juga terdapat 'ulat parking' yang menjaga walaupun sebenarnya ia bukan kawasannya.

Kereta kena calar sebab tak mahu bayar

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi situasi semasa dia sedang berada di berdekatan Bukit Bintang dan telah parkir di sebuah lorong.

Namun, tiba-tiba datang seorang individu menghampiri keretanya dan meminta duit parkir sebanyak RM15.

Difahamkan, wanita itu tidak memberikannya kerana tahu dia itu adalah 'ulat parking' dan terus beredar saja selepas parkir kereta.

Apa yang membuatkan dia sakit hati adalah apabila dia mahu pulang, dia melihat keretanya sudah pun dicalarkan oleh seseorang dipercayai individu yang mengutip duit parkir tersebut.

"Selagi ada yang rela bayar, selagi tu ada yang datang kutip" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen juga turut memberi reaksi dan pandangan mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 810.9K views, 15.8K likes dan 1,611 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Memang patut kena report orang macam ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: