seismik

"Allahu!" - Tak Sampai Seminggu Kahwin, Wanita Ini Terpaksa Meratapi Pemergian Suami

Suaminya dipercayai lemas mandi di Tasik Kenyir.

Cover image via Junaidi Eddy (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru saja seminggu berkahwin, lelaki ini dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Petuang dua hari lepas

Mangsa dan isterinya, Syarifah bercuti ke Tasik Kenyir untuk meraikan perkahwinan mereka bersama keluarga mentuanya yang menetap di Dungun.

Seorang lelaki dipercayai abang ipar kepada mangsa, Junaidie Eddy telah memuat naik gambar dan doa supaya mangsa dapat ditemukan dengan segera.

Kakak ipar mangsa, Asma Ramlee juga meluahkan perasaan sedih meminta doa daripada orang ramai supaya jasad adiknya dapat dijumpai dengan segera.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pencarian mangsa disana... Tiada daya upaya kami selain dgn...

Posted by Asma Ramlee on Saturday, March 27, 2021

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui oleh pasukan penyelamat

Menurut Kosmo, mangsa yang bernama Ami Azzizol dilaporkan lemas dipercayai akibat kekejangan otot ketika mandi berhampiran sebuah rumah rakit di Sungai Petuang.

Operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemui mangsa setakat ini. 

Image via Ohmymedia

Semoga mangsa segera ditemui & seluruh keluarganya diberikan kekuatan untuk mengharungi ujian ini. Amin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: