seismik

[TERKINI] Diskaun Saman Trafik Sebanyak 50% Diberikan Bermula Hari Ini Sehingga 9 November

Siapa yang ada saman tertunggak itu, boleh segera lunaskan sementara ada diskaun!

Cover image via Google

Jika anda mempunyai saman lama yang tertunggak, ini adalah masa yang tepat untuk anda menjelaskan semua saman tersebut dengan diskaun yang diberikan sebanyak 50%

Bersempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan bahawa diskaun 50% akan diberikan untuk setiap saman trafik yang diterima.

Image via Google

Diskaun tersebut bermula hari ini, 7 November sehingga 9 November ini dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang.

Jika anda ingin mendapatkan diskaun 50% ini serta membuat pembayaran, boleh menuju ke Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur

Bukan itu sahaja, pemberian diskaun yang sama juga akan diberikan jika anda ingin membuat pembayaran di TM Point Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada masa dan tarikh yang sama seperti di atas.

Namun, harus diingatkan bahawa diskaun tersebut TIDAK DIKIRA untuk jenis saman seperti di bawah:

1. Saman Kemalangan Tahun Semasa
2. Saman Berstatus NC
3. Saman Berstatus Waran Tahun Semasa
4. Saman Dalam Perbicaraan
5. Saman Berkaitan Lori

Image via Buletin Online

Jika anda ingin membuat semakan saman-saman yang diterima, boleh berbuat sedemikian di mana-mana Balai Polis Trafik atau menerusi talian yang dicatat di bawah:

1. MyEG Services
2. RILEK e-Services

Untuk pengetahuan anda, semua semakan saman tidak akan dikenakan sebarang caj oleh pembekal perkhidmatan.

Maklumat lebih lanjut, boleh klik sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: