seismik

[TERKINI] Rakyat Dilarang Keluar Antara Negeri Dan Wajib Duduk Di Rumah

Tolong duduk di rumah ya semua.

Cover image via Like Suka TV / Facebook

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bergerak keluar antara negeri

Image via nst.com.my

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, orang ramai yang mahu juga membuat perjalanan keluar dari negeri masing-masing perlu memaklumkan kepada polis bermula tengah malam ini, sehingga 31 Mac depan.

Sesiapa yang ingin melakukan sedemikian perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan tersebut

Memetik sumber, borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

Beliau berkata, keperluan perjalanan itu hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: