seismik

Terpaksa Berjimat, Pelajar Sanggup Makan Nasi Dengan Lauk 'Habuk Ayam' Untuk Alas Perut

Bajet untuk setiap hari ada RM1 saja.

Cover image via @eb1rah (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan semua pelajar dilahirkan dengan keadaan yang senang

Ada juga dalam kalangan mereka yang berdepan dengan isu kewangan untuk survive di universiti masing-masing. Sebab itu, banyak kita dengar masalah pelajar ikat perut kerana ingin berjimat. 

Sama seperti gambar yang tular baru-baru ini di Twitter apabila salah seorang pelajar dilihat makan lauk kerak ayam telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah:

Bajetkan sehari RM1 untuk lunch, malam makan mi segera

Menerusi posting itu, kelihatan seorang individu dilihat membalas ciapan berkenaan pelajar ikat perut dengan makan satu lauk tanpa sayur saja. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang pelajar mengaku yang dia hanya membelajakan wang sebanyak RM1 untuk makan tengah hari.

Dengan duit itu, dia dapat membeli nasi putih dan kerak ayam. Perkara itu sangat membimbangkan ramai kerana pemakanan yang tidak seimbang.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu telah meraih 57K views, 90 retweets, 48 quote tweets dan 500 likes di Twitter

Rata-rata netizen baik hati turut menghulurkan bantuan kepada pelajar itu. Mujurnya, mulai sekarang juga adanya kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Semoga dipermudahkan urusan dik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: