seismik

"Terus Potong Mood" - Gadis Luah Rasa Takut, Nampak Lelaki Tak Berpakaian Masa Mandi Kolam

Geli weh!

Cover image via @mooniee212 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda tinggal di kondominium pasti mempunyai pelbagai fasiliti seperti kolam renang dan gymnasium bukan?

Semua fasiliti ini perlulah dijaga kerana kita berkongsi dengan penduduk di situ. Tambahan pula dengan wabak Covid-19 ini, pasti peraturan diperketatkan lagi bagi mengurangkan jangkitan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi kisah seramnya ketika sedang mandi di sebuah kolam telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut nampak kemaluan lelaki masa tengah mandi kolam

Menerusi video tersebut, kelihatan pada awalnya seorang gadis sedang mandi kolam bersama rakannya di sebuah kondominium. Dia kemudian meminta agar rakannya untuk merakam dan mengambil gambarnya.

Namun sedang asyik dia berenang, datang seorang lelaki yang juga turut mahu mandi kolam itu. Apa yang lebih mengejutkan adalah dia ternampak kemaluan lelaki itu ketika sedang menyelam kerana lelaki itu tidak berpakaian.

Situasi itu membuatkan gadis berkenaan dan rakannya terkejut dan terus beredar dari kolam itu kerana merasa takut.

"Eii kalau I amik pic tunjuk management" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka sebaik saja melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 340.9K views,7,557 likes dan 110 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, siapa je tak terkejut kan bila berdepan dengan situasi macam ni! :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: