Timun Boleh Hilangkan Nafas Berbau & 8 Lagi Tips Kesihatan Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Menarik!

1. Mandi air panas sebelum tidur

Gambar sekadar hiasan

Image via Free Press Journal

Jika anda seorang yang sering mempunyai masalah untuk tidur di waktu malam, boleh cuba untuk mandi menggunakan air panas.

Ia mampu untuk menenangkan sistem saraf, melonggarkan otot, melegakan sistem pernafasan anda. Malah, ia juga dapat membantu untuk merawat kulit anda.

2. Timun adalah baik untuk kesihatan kerana ianya mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan dalam badan seseorang

Image via Merdeka.com

Untuk pengetahuan anda, timun dapat membantu penghidratan, melawan kencing manis, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melegakan sakit otot.

Bukan itu sahaja, paling menarik adalah ianya juga dapat melembutkan rambut serta kuku anda dan mampu untuk memperbaiki penghadaman dan tekanan darah.

Bagus betul. Lepas ini bolehlah makan timun banyak sikit.

3. Dengan melakukan regangan kucing-lembu untuk beberapa minit setiap hari mampu untuk...

Image via Dip Health

Untuk memperbaiki postur, keseimbangan, menguatkan dan juga merenggangkan tulang belakang dan leher, anda boleh cuba untuk melakukan senaman ini selama beberapa minit setiap hari.

Senaman ini juga mampu untuk merenggangkan pinggul, perut dan belakang. Selain itu, ia boleh meningkatkan koordinasi.

4. Memeluk seseorang dengan kerap mampu untuk mengurangkan tekanan

Gambar sekadar hiasan

Image via Bacaan Islami

Untuk yang sudah berkahwin, pelukan pasangan akan dapat meningkatkan tahap 'hormon cinta' atau lebih dikenali sebagai oxytocin.

Pelukan yang diberikan selama 20 saat ini mampu untuk mengurangkan tekanan, tekanan darah dan kadar denyutan jantung anda. Selain itu, pelukan selama 10-detik sehari pula mampu untuk meningkatkan sistem imun anda serta mengurangkan kemurungan dan keletihan yang dialami oleh seseorang.

Balik kerja nanti bolehlah peluk pasangan masing-masing ya.

5. Lagi kebaikan timun untuk kesihatan anda

Image via Tribun News

Paling menarik, ramai yang mungkin belum tahu bahawa kebaikan timun juga adalah untuk membantu anda bagi menghilangkan nafas berbau.

Bagaimana caranya?

Gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkan di antara mulut dan lidah selama 90 saat. Dengan cara ini, fotokimia akan membunuh bakteria yang menyebabkan nafas anda berbau. Mudah sahaja bukan?

6. Inginkan tidur yang lebih nyenyak? Boleh cuba cara ini:

Image via Wanista

Jika anda seorang yang sukar untuk tidur pada waktu malam, boleh cuba untuk meletakkan pembersih atau penapis udara semulajadi ini.

Kenapa?

Dengan adanya tumbuhan ini, ia mampu untuk melepaskan oksigen pada waktu malam dan sekaligus dapat meningkatkan udara di sekitar anda supaya anda mendapat tidur yang lebih selesa dan nyenyak.

Di bawah merupakan senarai jenis pokok yang boleh anda letakkan untuk dijadikan sebagai penapis udara semulajadi:

- Pokok Lili Paris
- Pokok Lidah Jin
- Aloe Vera
- Pokok Duit-Duit (Golden Pohtos)
- Pokok Gardenia/Jasmin

Selamat mencuba!

7. Lakukan postur ini selama 5 minit setiap hari untuk minda yang lebih tenang

Image via SAYS Seismik

Postur ini bagus dilakukan jika anda inginkan minda yang tenang, meningkatkan pencernaan anda dan juga memanjangkan bahagian belakang serta mampu untuk membuka pinggul.

Buat selama 5 minit sehari pun sudah memadai.

8. Letakkan kaki di tepi dinding selama beberapa minit sehari untuk mengurangkan tekanan

Senaman ini adalah yang terbaik untuk pemulihan yang membantu untuk menghantar aliran darah ke teras anda. Selain itu, postur ini boleh mengurangkan tekanan, memudahkan anda untuk tidur, menenangkan saraf dan mengurangkan bengkak di pergelangan kaki.

Malah, dengan melakukan senaman ini selama beberapa minit sehari juga mampu untuk melegakan urat varises, melegakan sakit kepala dan memperbaiki penghadaman anda.

Terbaik kan? Cubalah nanti.

9. Minum air pada masa yang betul juga ada kebaikannya

Image via Islam Itu Indah

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa jika anda minum air pada masa yang betul juga mampu untuk memberikan kebaikan dan meningkatkan kadar kesihatan anda.

- 2 gelas selepas bangun tidur akan membantu anda untuk mengaktifkan organ dalaman.
- 1 gelas 30 minit sebelum makan akan membantu penghadaman.
- 1 gelas sebelum mandi akan membantu untuk merendahkan tekanan darah anda.
- 1 gelas sebelum tidur akan membantu untuk mengelakkan penyakit strok atau serangan jantung.

Take note! Jangan lupa minum air ya.

Mungkin sudah boleh mula untuk praktik tips kesihatan di atas? ;)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment