seismik

Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593, Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku Di Butik Levi's

Memahami dan akui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok bertanggungjawab membayar ganti rugi berkenaan.

Cover image via @tomokofficial (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat beli-belah bukan?

Ada saja ragam dan telatah mereka ini, kadang-kadang kanak-kanak ini akan mengamuk apabila tak dapat apa yang dikehendaki.

Begitupun, lain pula ceritanya dengan kisah Tomok yang memuat naik sebuah video di Instagram miliknya semalam.

Beliau mendedahkan situasi tidak terduga berlaku kepadanya di sebuah butik Levi’s di Mid Valley ketika dia sekeluarga membeli-belah di situ.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Menerusi video berkenaan, Tomok mendedahkan bahawa dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik tersebut.

“Seluar dia berharga RM1,299 dan ia kena bukan pada satu, tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899.” ujar Tomok.

Memahami dan akui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok bertanggungjawab membayar ganti rugi dan mengatakan dirinya tidak boleh beredar daripada butik tersebut selagi tidak membuat pembayaran.

Mahu menjual seluar tersebut kepada yang berminat kerana saiznya terlalu besar untuknya pakai

“Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini… selepas diskaun saya kena bayar ini dia, RM5,593.

“Jadi saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan terlalu besar untuk saya. Pengilat kuku hanya terkena sikit sahaja, tapi saya faham ini peraturan butik dan saya ini memang salah saya.

“Kalau siapa yang nak beli boleh mesej saya. Ini dah nak raya, macam ini pula. Tidak mengapalah ujian. Siapa nak dapatkan bolehlah tolong saya beli.

“Saya pun taklah jual harga penuh. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

Difahamkan, koleksi yang terkena pengilat kuku itu merupakan Levi’s Vintage Collection (LVC) dan ia adalah Levi’s versi high end.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: