seismik

Touch 'n Go eWallet Tawar Diskaun 15% Tambang ERL Sehingga 30 Jun 2020

Banyak tu 15%!

Cover image via SAYS | & Berita Harian

Berita baik buat warga kota yang berulang-alik dari/ke KLIA/klia2

Touch ‘n Go eWallet telah menjalinkan kerjasama dengan Express Rail Link (ERL) bagi menawarkan kaedah pembayaran yang serba mudah, lancar dan selamat.

Image via Mashable SEA

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ERL kerana kami berkongsi wawasan yang sama untuk merevolusikan mobiliti di Malaysia."

"Kerjasama ini selari dengan cita-cita Touch ‘n Go eWallet untuk transaksi tanpa tunai yang lebih selamat dan mudah yang merangkumi pelbagai aspek pengangkutan untuk rakyat Malaysia, bermula daripada pembayaran tol hinggalah kepada tempat letak kenderaan dan juga tambang transit untuk perjalanan yang lebih lancar.”

Sempena kerjasama ini, Touch ‘n Go eWallet menawarkan diskaun 15% ke atas tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang terpilih untuk dewasa dan juga kanak-kanak

Image via Touch 'n Go

Tawaran ini juga boleh didapati untuk sesetengah tambang konsesi KLIA Transit, khusus untuk warga emas, pelajar yang mempunyai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), serta orang kelainan upaya yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Promosi ini boleh didapati untuk pembelian tiket di kaunter mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2020, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pihak ERL turut memberi jaminan bahawa mereka mengambil semua langkah yang perlu bagi melawan penularan wabak COVID-19 atau koronavirus

Langkah-langkah tersebut adalah seperti menggandakan kekerapan pembersihan tempat-tempat yang sering disentuh oleh penumpang selain menggunakan bahan disinfektan yang lebih kuat untuk kerja-kerja mencuci dan sanitasi.

"Kami berharap agar dengan adanya langkah berjaga-jaga tersebut dan tawaran menarik Touch ‘n Go eWallet ini, orang ramai akan terus menggunakan KLIA Ekspres dan KLIA Transit untuk berulang-alik ke lapangan terbang atau tempat kerja,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah cuba 'ETS Business Class' ke belum?

You may be interested in: