seismik

Tular Rakaman Oyen Selamba Kokak Ular, Tapi Cara Perakam Sebut Whiskas Pula Curi Perhatian

Apa bang? Fish cat?

Cover image via @adib8055 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pencinta kucing, anda mesti sudah tahu Oyen merupakan kucing terkenal dengan gelagatnya yang nakal bukan?

Kalau ada video yang tular di media sosial, mesti banyak yang memaparkan Oyen buka buat hal yang pelik-pelik dan tak dijangka.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila gelagat Oyen membawa lari seekor ular untuk dijadikan makanannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba 'kokak' kepala ular, jarang Oyen tak buat hal

Menerusi perkongsian video daripada @adib8055, kelihatan Oyen sedang membawa lari seekor ular ke belakang sebuah rumah.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila ia kelihatan selamba menggigit kepala ular tersebut sehingga ia mati.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila si perakam mahu menyebut Whiskas tetapi tersalah cakap fish cash dan fish cat sehingga membuatkan ramai terhibur mendengarnya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@adib8055

Replying to @youdontknowhattttiknow #fyp #cat #oyen #viral fishcash pun bolehh

original sound - Adib46® - Adib46®

"Cengginilah kucing saya bawak balik 'hadiah' dulu. Dia isi dalam bakul kain, memang pengsan tengok ular tegak weh haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 899.7K views, 97.9K likes dan 3.1K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat Oyen dan mendengar si perakam tersasul.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Fuhh, power lah Oyen, mati ular tu dikerjakannya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: