UiTM Tangguh Penganugerahan Diploma & Ijazah Secara 'Janji Temu' Kuat Kuasa Serta-Merta
Dijadualkan semula pada 1 Disember 2020.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November ini
Begitupun, tarikh baru telah ditetapkan pada 1 Disember 2020. Namun, ia juga tertakluk kepada situasi semasa pandemik COVID-19 dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pengumuman itu dimaklumkan sendiri oleh pihak UiTM dalam satu kenyataan melalui media sosial rasminya di Facebok yang dimuat naik hari ini.
Menurut Ketua Perhubungan Awam, Media, Protokol dan Pengurusan Acara Jabatan Komunikasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nora Noordin berkata, janji temu yang telah dibuat oleh para graduan sebelum ini adalah terbatal dan tidak terpakai.
Graduan diminta mengisi dan mendaftar semula untuk tarikh yang baru melalui 'Sistem Janji Temu' baru yang akan dibuka pada 26 Oktober hingga 8 November 2020
Graduan boleh melayari laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/ untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghubungi pegawai di Bahagian Rekod Pelajar dan Konvokesyen melalui talian 03-55443110 atau 03-55443114.
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh oleh pihak UiTM:
Terdahulu, UiTM mencuri perhatian netizen terutamanya dalam kalangan pelajarnya apabila memperkenalkan majlis konvokesyen secara janji temu baru-baru ini
Majlis konvokesyen melalui janji temu itu diperkenalkan adalah sebagai langkah alternatif yang dilakukan demi menjaga keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan (4K) para graduan, ibu bapa dan seluruh warga yang terlibat.
Janji temu yang diperkenalkan ini juga telah mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan 4K dengan merujuk Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.