seismik

Ramai Tak Puas Hati Ustaz Ini Didenda & Dipenjara Kerana Merotan Pelajar Yang Enggan Solat

Ustaz tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan serta denda maksimum sebanyak RM2,000.

Cover image via Berita Harian

Semalam, 19 November, seorang ustaz telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan serta denda maksimum sebanyak RM2,000 apabila didapati bersalah mencederakan kaki muridnya menggunakan rotan kerana murid tersebut enggan menunaikan solat

Image via Berita Harian

Mahkamah Majistret di Kajang telah menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Adib Abd Halim, 24, kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini.

Ustaz terbabit dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula semalam (tarikh jatuh hukum) selepas seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Walau bagaimanapun, Muhammad Adib yang berpakaian baju Melayu hijau dan berkopiah putih tetap kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Image via Utusan

Pada 28 Ogos tahun lalu, Muhammad Adib mengaku tidak bersalah dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya.

Kejadian tersebut berlaku di dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

Ekoran perkara ini, ramai netizen telah mempersoal dan mempertikai hal ini kerana menganggap niat ustaz itu baik kerana mahu mendidik

Antara komen-komen para netizen perihal isu ini:

Beberapa paparan skrin perbualan ustaz terbabit dengan seseorang yang bertanyakan tentang hal sebenar telah dimuat naik di laman sosial.

Menurut ustaz itu, ketika kejadian berlaku, terdapat 4 orang anak muridnya enggan solat meskipun telah disuruh.

Image via Blog Sozcyili
Image via Blog Sozcyili
Image via Blog Sozcyili

Image via Blog Sozcyili

Bukan itu sahaja, kronologi insiden tersebut dari pandangan ustaz itu turut menular di laman sosial

Image via Blog Sozcyili
Image via Blog Sozcyili
Image via Blog Sozcyili

Image via Blog Sozcyili
Image via Blog Sozcyili

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: