seismik

"Dia Tiba-Tiba Nak Belajar Mekap" - Video Adik 'Transform' Kakak Dari Ganas Terus Jadi Cun

"Tiba-tiba dia beritahu saya dia nak start pakai tudung dan mula belajar makeup sebab dia dapat naik pangkat dekat tempat kerja dia," - Danial

Cover image via imgur.com

Baru-baru ini viral satu video di laman Twitter seorang lelaki melakukan transformasi dengan menata rias wajah kakaknya

Semuanya bermula apabila Effa Azura Mat Zain yang bekerja sebagai pelatih pengawal keselamatan tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk mula berhijab dan mempelajari cara untuk bersolek kepada adiknya, Danial.

"Masa itu kami sekeluarga berkumpul di rumah untuk makan malam bersama. Lepas habis makan malam itu, tinggal saya dengan Effa je di meja makan. Tiba-tiba dia beritahu saya dia nak start pakai tudung dan mula belajar makeup sebab dia dapat naik pangkat dekat tempat kerja dia," katanya kepada Mstar.

Gara-gara hasratnya itu, Danial yang mengaku bahawa dia sebagai adik yang paling rapat dengan kakaknya itu, terus tidak melepaskan peluang untuk membuat transformasi kepada kakaknya.

Kata Danial, "Saya sebagai adik yang paling rapat, saya gembiralah dengan berita itu dan terus offer untuk solekkan dia. Sebenarnya dah lama saya teringin nak mekap muka dia. Jadi bila hati dah terbuka untuk disolek, saya pun tak lepaskan peluanglah."

Hasil solekan Danial, kakaknya kelihatan sangat menawan. Bahkan ramai yang memuji tindakan Danial dan mengagumi perubahan penampilan kakak kesayangannya, Effa.

Bukan itu sahaja, Effa sendiri terkejut melihat wajahnya selepas disolek.

"Seperti wanita lain, Effa pernah berambut panjang sehinggalah dia bekerja sebagai security trainer, baru dia memotong rambut pendek sebab dia rimas kalau bekerja dengan rambut panjang lebih-lebih lagi untuk seorang yang bersaiz besar. Effa juga sering mengadu nasib menjadi bahan ketawa rakan-rakan kerana merasakan mempunyai kekurangan saiz fizikal.

"Pada awalnya reaksi Effa habis mekap, dia cakap 'susahnya nak mekap macam perempuan ni', almaklumlah first time. Kalau nak tahu, bedak bayi itulah makeup, foundation, dan segala-galanya bagi dia! Tapi tak sangka tiba-tiba dia sebak tengok diri dalam cermin. Mungkin sebab dia tak yakin dengan diri dia lebih-lebih lagi bila ramai yang herdik dan kutuk sebab saiz badan dia begitu," ujar Danial.

"Apabila saya tunjuk muka kakak selepas disolek pada mak, dia pun terkejut dan menangis tengok wajah kakak sebab dia sendiri tak pernah tengok muka kakak dirias sebegitu," jelasnya yang turut menyifatkan Effa sebagai seorang wanita yang agak kasar, lasak dan nampak 'ganas'.

Lihat video di bawah untuk lihat transformasi penuh wajah Effa:

Wahhh, cantik dan manisnya Effa!

Antara komen-komen di laman Twitter yang memang penuh dengan positivity:

Terbaiklah Danial!

Make-up lah penulis juga. Hihi.

Image via Wiffle Gif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sedihnya kisah kakak kehilangan adik tersayang ni:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: