seismik

[VIDEO] Banduan Kluster Tembok Nyanyi Untuk Para Frontliners Undang Sebak Rakyat Malaysia

Nyanyian itu adalah sebagai tanda penghormatan buat petugas KKM.

Cover image via @miss_rose570 (TikTok)

Video berdurasi 59 saat itu dimuat naik oleh salah seorang frontliner melalui aplikasi TikTok dan tular di media sosial

Pasukan frontliners diiringi nyanyian syahdu banduan semasa meninggalkan Penjara Alor Setar beberapa hari yang lalu.

Menurut sumber, lagu dendangan penyanyi asal, Harry Khalifah berjudul Doa Wira Negara itu adalah sebagai penghargaan buat frontliners sebaik saja Kluster Tembok diisytihar tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rata-rata netizen sayu dan tersentuh dengan penghormatan yang diberikan banduan Kluster Tembok itu kepada para frontliners KKM.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Penjara Alor Setar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran bermula 6 Oktober lalu

Menerusi posting di Facebook, wakil frontliners KKM mengakui memori dan kenangan di penjara tersebut tidak akan dilupakan buat selamanya.

"Biarpun mereka banduan, mereka sangat menghormati kami, memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang berada di sana," tulisnya.

Beliau turut mendoakan semua banduan terbabit sihat sejahtera dan menggunakan peluang kedua untuk membina semula keyakinan dan kembali hidup bermasyarakat dengan komuniti sekeliling.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan terharu terhadap video tersebut

Antara komen daripada netizen di TikTok:

Terima kasih buat semua frontliners yang bertungkus lumus menangani wabak Covid-19.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: