seismik

[VIDEO] "Bestnya Pantang Sama-Sama" - Tiga Beradik Ini Kahwin, Hamil & Beranak Serentak

Inilah namanya rezeki yang tak disangka-sangka.

Cover image via @suriati94 (TikTok)

Jarang sekali kita dengar kisah adik-beradik kahwin, hamil dan beranak pada masa yang sama bukan?

Tidak dapat dinafikan lagi hubungan antara adik-beradik sememangnya sangat akrab sampai ada kalanya berkongsi hobi dan minat yang sama.

Namun lain pula dengan tiga beradik ini yang telah berjaya mencuri tumpuan ramai apabila kisah perkongsian mereka yang dimuat naik melalui lama aplikasi TikTok menjadi tular kerana unik dan istimewa.

Lihat video penuh mereka di bawah:

Ayah teringin nak cucu, tak sangka rezeki tiga beradik sampai mengandung pun serentak

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Suriati itu, dia dan dua lagi adik-beradiknya telah berkahwin serta bersanding serentak dengan pilihan jodoh masing-masing.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila rezeki mereka sampai ke anak kerana ketiga-tiga wanita di dalam video tersebut turut berkongsi waktu hamil dan beranak yang lebih kurang sama.

Menurutnya, ayah dan ibu mereka teringin menimang cucu dan tidak sangka akhirnya mendapat rezeki menyambut kehadiran tiga orang cucu serentak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat video perkongsian gembira itu dan mendoakan mereka bahagia hingga ke jannah

Ketika artikel ini ditulis, video Suriati telah meraih 105.5K tontonan, hampir 9K tanda suka dan 87 perkongsian di TikTok.

Tiga beradik itu dihujani ratusan komen daripada warganet yang mendoakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah.

Ramai juga yang tumpang gembira buat mereka tiga beradik kerana dapat berkongsi rezeki bersanding, mengandung serta berpantang bersama-sama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alhamdulillah, seronok tengok moment macam ni. Dapat anak pun comel-comel belaka <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: