seismik

[VIDEO] Buat Content Prank 'Acah' Nak Tampar Orang Awam, Polis Buru Youtuber Viral Ini

Ini namanya saja cari pasal.

Cover image via @juice.my (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman kini, ramai orang mengaku mereka adalah content creator tidak kiralah di platform media sosial mana sekali pun

Pelbagai cara yang mereka lakukan demi nak viral dengan mudah dan cepat dikenali orang ramai. Namun, bukan semua content sesuai ditayangkan kepada umum. Kadangkala, ia boleh mendatangkan trauma kepada sesetengah orang.

Seperti baru-baru ini, seorang Youtuber membuat content ala barat konon mencuba untuk menampar orang awam telah mengundang kecaman netizen di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai kecam, polis pula sedang kesan dan buru Youtuber viral

Menerusi video yang dikongsi oleh @juice.my, kelihatan rakaman itu memaparkan seorang Youtuber yang dikenali sebagai Mizan Majid sedang membuat content konon ingin menampar orang awam.

Namun, videonya itu mendapat kecaman netizen kerana ramai berpendapat content seperti itu tidak sesuai dilakukan di Malaysia kerana cara penerimaan orang kita dan barat adalah sangat berbeza.

Malah, ada yang trauma sehingga dua orang gadis dilihat berlari ketakutan akibat takut disergah secara tiba-tiba begitu di dalam shopping mall.

Lebih heboh lagi, polis juga mengesan Youtuber tersebut dan mencarinya untuk mengenakan tindakan lanjut. Namun begitu, Mizan Majid telah tampil memohon maaf secara terbuka melalui video di YouTube channelnya.

"Jangan buat main benda macam ni, jangan ikut barat. Silap orang, menyesal" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 241K tontonan, 14.8K tanda suka dan 564 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan Youtuber itu yang dianggap menggangu sensitiviti orang awam.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pengajaran buat kita semua, lain kali sebelum buat apa-apa content kena fikir dua tiga kali sebab takut termakan diri :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: