[VIDEO] Cermin Kereta Penuh Tanah, Perbuatan Jiran Ini Jadi Bualan Hangat Warganet
Hmm, boleh je tegur elok-elok.
Jiran yang baik adalah jiran yang memahami dan boleh bertolak ansur antara satu sama lain
Jika ada perkara yang tidak digemari atau kurang berkenan, moleklah kita menegur jiran kita dengan cara yang baik dan sopan. Hal ini kerana, kita sudah diajar cara-cara untuk beradab dengan jiran.
Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok, apabila seorang lelaki berkongsi tentang keadaan cermin keretanya penuh dengan tanah dek kerana jiran yang tidak berpuas hati telah menimbulkan kemarahan warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Letak tanah sebab marah parking kereta dekat simpang depan rumah dia
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan keadaaan cermin keretanya yang dipenuhi dengan tanah.
Keadaan itu membuatkan dia berasa marah kerana menyebabkan kekotoran di cermin keretanya. Malah, dia juga menerima sepucuk surat daripada jiran lain yang nampak seorang wanita berbuat sedemikian.
Difahamkan, individu itu sering berbuat demikian dan menyebabkan ramai menyuruhnya untuk membuat laporan polis.
"Kereta aku pernah kena toreh dari belakang sampai depan. Padahal parking lorong tepi tak kacau sesiapa pun. Kalau dapat tau siapa buat memang siap la" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 796.1K views, 18.5K likes dan 1,330 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman yang sama dek kerana perbuatan jiran.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!