[VIDEO] "Dua Hari Cari Asam" - Isteri Tengah Pregnant Tapi Suami Pula Yang Mabuk & Alahan
Berkongsi alahan bersama suami ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi wanita, sudah menjadi kebiasaan mengalami alahan atau mabuk semasa mereka mengandung
Perkara ini dianggap normal dan bukanlah sesuatu perkara yang boleh membimbangkan. Ianya adalah kerana side effects yang sering terjadi apabila seseorang itu sedang mengandung.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila alahan dan mabuk ibu mengandung itu terbawa pula kepada si suami.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami terkena mabuk dan alahan isteri mengandung
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi cerita apabila suaminya mengalami beberapa alahan dan mabuk yang teruk akibat daripada kandungannya.
Malah, dia juga berkongsi detik-detik suaminya yang terpaksa menahan alahan dan melayan mabuk tersebut.
Wanita itu turut berharap agar si suami dapat bertahan dan segala urusan kelahirannya dipermudahkan nanti.
"Nanti aku kahwin, aku nak rasa benda ni please. Biar wife aku relax je dekat tepi" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pandangan mereka masing-masing mengenainya.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama semasa mereka sedang mengandung. Ada pula yang ingin merasa bagaimana alahan dan mabuk apabila isteri mengandung.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 184.9K views, 15.3K likes dan 845 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: