seismik

[VIDEO] “Hodohnya Perangai” - Aunty Selamba Basuh Tangan Dalam MRT Ini Dapat Kecaman Ramai

Sama-samalah kita menjaga kebersihan pengangkutan awam.

Cover image via @AskRapidKL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap individu yang menaiki pengangkutan awam mestilah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi

Ia kerana, pengangkutan itu akan turut digunakan oleh orang lain juga. Oleh itu, kita perlulah menjaganya demi keselesaan bersama.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang pengguna MRT dengan selamba membasuh tangan di dalam pengangkutan tersebut telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak ada tanggungjawab, pentingkan diri sendiri saja

Menerusi video tersebut, kelihatan pihak Rapid KL menegur pengguna itu kerana perbuatannya itu jelas tidak bertanggungjawab dan juga mengotorkan pengangkutan itu.

"Kami tidak pernah upgrade tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. Harapan kami, jangan tiru aksi/perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren," tulis mereka.

Malah, mereka juga menasihatkan agar orang ramai tidak meniru aksi ini dan lebih beretika ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Some people really don't have common sense kan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai kecaman kepada individu itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 172.3K views, 4,679 likes dan 3,786 comments di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Alahai, kan dah bahayakan orang lain kalau licin terjatuh ke apa nanti :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik