seismik

[VIDEO] "Inilah Syurga Saya" - Dulu Kenal Di Kelab Malam Sekarang Boleh Imamkan Solat

Semua orang berhak untuk mendapat lebih baik.

Cover image via @zuliani_asylia (TikTok)

Benarlah kata orang hidayah itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Tidak kisah seteruk manapun kisah lalu seseorang berkenaan.

Anda hanya perlu berusaha gigih bagi mendapatkan hidayah itu agar tetap berada di dalam hati.

Allah sentiasa membuka pintu untuk seseorang itu bertaubat daripada kesilapannya yang terdahulu.

Seperti kisah pasangan suami isteri ini ia menjadi tular apabila perkenalan mereka ini telah menjadi inspirasi bersama.

Kenal suami dulu di sebuah kelab malam, sekarang tak sangka dia dah jadi imam

Video perkongsian di TikTok itu memaparkan kisah perkenalan antara si isteri dan suami yang bermula di sebuah kelab malam.

Menerusi video tersebut kelihatan si suami mengenakan T-shirt berwarna merah dan kain pelikat sambil sedang khusyuk menunaikan solat.

Begitulah hidayah yang diberikan oleh Allah. Siapa sangka dia yang dahulunya gemar memasuki kelab malam kini sudah berubah ke arah yang lebih baik.

Buang persepsi lelaki 'kaki clubbing' tak boleh jadikan suami

Walaupun ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan lelaki kaki clubbing tidak layak dijadikan suami, namun ianya berbeza bagi Zualiani.

Justeru, dia percaya bahawa setiap orang berhak untuk diberikan peluang agar dapat memperbaiki kesilapan diri sebelumnya.

Pasangan itu juga kelihatan semakin bahagia dengan perubahan masing-masing dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Lihat video penuh ini di bawah:

@zuliani_asylia

Sape ckp lelaki club xblh bt suami?dia silap besar..Nie la Iman n syurga sy nnti##foryoupage ##tiktok ##fyp ##imanmuda##syurga##wife##husband##teamkl#

เสียงต้นฉบับ - torrick28

Tinjauan di ruangan komen posting berkenaan juga turut mendapat pujian dan tidak kurang ada juga yang mendoakan mereka

Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah agar menjadi yang lebih baik :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: