seismik

[VIDEO] Kaca Bangunan Pecah & Runtuh Akibat Hujan Angin Yang Kuat. Menyeramkan!

Tak sangka boleh pecah sampai macam tu sekali.

Cover image via @jayyidkhairir (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebelakangan ini, cuaca di Malaysia sering hujan lebat setiap petang sehingga mengakibatkan banjir

Bukan saja hujan lebat, malah kadang hujan angin yang kuat melanda sehinggakan ada sesetengah gerai di bazar ramadan juga telah musnah dibawa angin.

Baru-baru ini tular video di Twitter berkenaan kaca sebuah bangunan di Kuala Lumpur (KL) pecah dan runtuh akibat hujan angin yang kencang.

Lihat video penuh itu di bawah:

Habis kaca bangunan pecah akibat agin hujan lebat

Bangunan tersebut merupakan bangunan Etiqa di Masjid Jamek, KL. Menerusi video yang berdurasi 9 saat itu kelihatan bahawa kawasan itu dilanda hujan angin dan guruh. 

Terdapat beberapa wanita yang berdiri depan mesin ATM, namun angin kencang yang menyebabkan kaca bangunan pecah itu mengejutkan mereka. Kemudian, mereka segera lari untuk mengelak. 

Mujur, semua yang berada di situ selamat tanpa sebarang cedera. Mereka hanya terkena serpihan kaca pada baju. 

Pihak bangunan tersebut mengambil inisiatif untuk menutup dengan curtain blind sementara menunggu untuk diperbaiki

Semoga semuanya baik-baik saja. Musim hujan ni, harapnya semua dapat jaga diri! :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: