seismik

[VIDEO] "Kapung Mung Takdok" - Rezeki Lelaki Ini, Rumahnya Dipenuhi Ikan Sebab Banjir

Banyak juga ikan yang masuk rumah dia.

Cover image via @Min_Ji87 (Twitter)

Jika kita dapat lihat sekarang ini, sudah pun bermula musim tengkujuh di mana beberapa daerah di Malaysia mengalami banjir yang teruk

Negara kini menerima hujan lebih daripada kebiasaannya dan ini menyebabkan beberapa daerah sudah pun mengalami banjir.

Malah, orang ramai juga diminta untuk bersiap sedia bagi menghadapi banjir ini sebagai langkah persediaan jika ianya terus berlaku lagi.

Ramai juga yang terkesan dengan keadaan ini sehingga ada di antara mereka mengalami banjir di rumah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Rumah banjir teruk sampai ikan-ikan pun masuk

Seperti yang berlaku kepada salah seorang mangsa banjir ini apabila videonya viral di laman Twitter kerana kelihatan rumahnya yang banjir teruk.

Walaupun begitu apa yang lebih menarik perhatian ialah terlihat banyak ikan-ikan yang sedang berenang telah memasuki rumahnya.

Menerusi video perkongsian tersebut, bukan saja seekor dua ikan yang memasuki rumah lelaki tersebut tetapi banyak yang datang.

Dipercayai kejadian itu berlaku di sebuah kampung yang terletak di Terengganu.

Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah menerima 1.7k retweets dan 1.6k likes serta mendapat lebih daripada 375,000 tontonan.

Lihat video penuh ini di bawah:

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet terhibur dan meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video berkenaan

Aduhai, dia punya banjir sampai ikan pun boleh masuk dalam rumah ya sekarang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: