seismik

[VIDEO] Lain Daripada Yang Lain, Kereta Myvi Tarik Lori Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Hebat Myvi.

Cover image via @affendiderus (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sering mendengar atau lihat video pelbagai aksi kereta Myvi yang berada di luar jangkaan

Jadi, tidak hairanlah kalau Myvi ini memang digelar 'King of the road' kerana aksi-aksinya ketika di atas jalan raya. Malah, bukan semua kereta boleh melakukan sebagaimana Myvi melakukannya.

Baru-baru ini tular di TikTok memaparkan sebuah video apabila sebuah kereta Myvi menarik sebuah lori yang menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Myvi itu selamba tarik lori di atas jalan raya

Menerusi video daripada @affendiderus, kelihatan sebuah kereta Myvi generasi lama sedang menarik sebuah lori di atas jalan raya.

Walaupun saiz lori itu adalah lebih besar daripada kereta Myvi, tetapi Myvi itu dilihat selamba menarik lori tersebut tanpa sebarang masalah.

Situasi itu membuatkan ramai netizen memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

"Serious question, kenapa semua benda pelik Myvi" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang tidak menyangkakan perkara itu boleh dilakukan oleh sebuah kereta Myvi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 125.6K likes dan 4,202 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Myvi memang power, semua benda dia boleh buat guys :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: