seismik

[VIDEO] Main Teka Dialek Kelantan Dengan Ibu, Tiga Beradik Ini Curi Tumpuan Ramai

Jom teka sama-sama.

Cover image via @hrishalim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan dialek mereka yang tersendiri

Antara dialek yang agak sukar untuk difahami ialah daripada negeri Kelantan. Namun, tidak salah untuk kita yang berasal dari negeri lain untuk belajar dialek mereka.

Tetapi, lain pula dengan sebuah video yang tular di TikTok ini apabila tiga adik-beradik bermain teka dialek Kelantan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hrishalim

Dialek Kelantan Challenge with Mama and my brothers @_hafizhalim @hanifhalim47 ##fyp ##foryoupage ##tiktok ##tiktokviral ##dialektchallenge ##kelantan

original sound - Haris Halim

Teka dialek Kelantan dengan ibu, tak sangka banyak maksud yang lari dari perkataan sebenar

Menerusi video perkongsian oleh Haris Halim, kelihatan dia dan dua orang abangnya sedang bermain dialek Kelantan challenge bersama ibu mereka.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila Haris dilihat selalu salah teka ayat yang diberikan oleh ibunya dan reaksi abangnya yang mempersoalkan sesetengah ayat juga melucukan.

Antara ayat yang diteka oleh mereka adalah bekwoh, gelenya, kuba, supit rokrat, tohor, becar, tok sey dan bekeng.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 557.4K views, 42.7K likes dan 1.3K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka tiga beradik.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ambil masa juga nak belajar dialek Kelantan ni, tapi best!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: