seismik

[VIDEO] Medley 12 Lagu Finalis AJL38 Hasil Kolaborasi TV3 & Setudio Ini Buat Ramai Teruja

Terbaiklah, arrangement muzik semua best dengar!

Cover image via Setudio (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bertemakan 'Muzikaverse', tular video baru-baru ini di mana tujuh orang penyanyi daripada Setudio dilihat melakukan medley lagu-lagu finalis Anugerah Juara Lagu yang ke-38 (AJL38) di YouTube

Menerusi video berdurasi 12:53 saat itu, Amir Hairi, Asif Zaaim, Elly Yusni, Farisha Aliamalulail, Saiful Anwar, Maria Effendi dan Zaidyansjah telah menyanyikan kesemua 12 lagu yang akan bertanding di AJL38 kali ini.

12 lagu tersebut terdiri daripada Jangan Mati Rasa Itu, Astana, Santai, Sutera, Kalam, Waktu, Bintang, Hasrat, Selagi Ku Ada, Inilah JalanNya, Darah dan Kucuma. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rakaman medley ini telah dirakam di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan dimuat naik di YouTube pada hari Isnin yang lalu.

Sebagai rekod, AJL38 akan berlangsung pada 3 Mac 2024 di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Bagi anda yang nak beli tiket AJL38, anda wajib ada akaun Tonton tau! Bagi yang belum daftar, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. Layari www.tonton.com.my dan klik daftar, percuma sahaja!

2. Bagi yang belum mendaftar atau tidak mempunyai Tonton akaun, pembelian boleh dilakukan bermula 5 Februari 2024.

Jadi, tunggu apa lagi cepat register Tonton akaun kalau nak beli sebelum tiket habis!

Tonton video penuh medley 12 lagu finalis AJL38 daripada Setudio dan TV3 di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: