seismik

[VIDEO] "Melampau Sangat" - Netizen Kecam Kritikan Ryzal Mengenai Pakaian Tradisional Iban

Ingat, setiap budaya mempunyai keunikan tersendiri!

Cover image via @ryzalibrhm (Instagram) & @fabian_rossi21 (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kaum tentunya mempunyai budaya masing-masing yang disanjungi dan diamalkan dalam kalangan mereka

Begitu juga dengan pakaian tradisional. Setiap kaum mempunyai baju tradisional masing-masing yang melambangkan keunikan dan kecantikan budaya mereka.

Sebab itu, Malaysia dikenali sebagai multicultural country kerana mempunyai pelbagai budaya dan bangsa yang mencorakkan keunikan negara ini. Hidup bertolak ansur dan hormat-menghormati budaya lain sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Malaysia.

Namun begitu, lain pula yang terjadi apabila viral video seorang influencer membuat gurauan yang tidak mempertimbangkan sensitiviti kaum lain. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba bergurau dengan isteri tentang baju tradisional kaum Iban

Menerusi Instastory yang dimuat naik berkenaan, kelihatan Maryam yang merupakan isteri kepada Ryzal sedang bersiap dan berdandan dengan mengenakan baju tradisional Iban untuk photoshoot

Maryam yang berasal daripada Korea itu hanya menjawab 'handmade' sebaik saja suaminya membuat gurauan tentang pakaian berkenaan seperti alas TV, syiling yang digantung dan seperti kain buruk. 

Lantas dengan itu, perkara ini mengundang kemarahan netizen di Twitter dan juga di Facebook. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen merasa marah kerana dia telah menghina pakaian budaya Iban. 

Ketika artikel ini ditulis, tangkap layar Instastory berkenaan telah mendapat sebanyak 577K views, 11K retweets, 5K quote tweets dan 10K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar oleh semua orang di luar sana. Ingat, hidup saling tolak ansur dan hormat menghormati walaupun berlainan budaya! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: