seismik

[VIDEO] Murid Sekolah Dikejar Anjing Ketika Menaiki Basikal - "Mujur Tiada Kemalangan"

Bahayanya!

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang pernah mengalami situasi dikejar anjing liar bukan?

Sememangnya situasi itu amat berbahaya kerana boleh mendatangkan kecederaan pada diri kita. Apatah lagi jika kita diserang ketika menaiki motosikal dan basikal. Ia boleh menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang murid sekolah hampir saja kemalangan selepas dikejar oleh sekumpulan anjing liar.

Image via X

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sempat merakam situasi semasa murid sekolah itu menaiki basikal.

Dia kemudian melalui beberapa ekor anjing ditepinya, anjing berkenaan kemudian bertindak untuk mengejarnya sehingga dia terpaksa pergi ke seberang jalan.

Mujur saja tiada sebarang kemalangan yang berlaku. Penduduk di situ mendakwa anjing liar itu berbahaya kepada pejalan kaki dan murid ke sekolah.

Menurut sumber, anjing-anjing liar berkenaan sudah pun ditangkap oleh pihak berkuasa selepas tular video itu.

"Sebab ni some people hates dogs. Bukan sebab haram ke apa tapi sebab membahayakan keselamatan" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 381.3K views, 2.7K repost dan 2.2K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Memang bahaya anjing liar ni, sebab tu kalau boleh min selalu elak nak lalu depan anjing :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: