[VIDEO] Netizen Berbalah Gara-Gara Dua Lelaki Ini Tular Tembak Anjing Depan Rumah
Kenapa sampai membunuh? Kesian anjing tu :(
Sepertimana yang kita tahu, kebanyakan anjing liar yang berkeliaran di kawasan kampung sering mengganggu tanaman dan haiwan peliharaan penduduk
Namun, itu bukanlah permit untuk kita senang-senang membunuh haiwan liar itu. Anjing juga adalah makhluk Tuhan dan patut dilindungi.
Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter apabil dua video lelaki berusia kelihatan sedang menembak anjing yang bermain di kawasan rumah mereka.
Lebih menyedihkan, salah seorang lelaki yang digelar lebai itu menembak ibu anjing serta lima ekor anaknya yang ada di perkarangan rumahnya.
Lihat kedua-dua video tersebut di bawah:
Perbuatan dua lelaki itu sangat tidak wajar kerana membunuh haiwan seperti itu tidak sepatutnya berlaku
Menurut kapsyen di video lelaki yang berpakaian kopiah itu, dia bukan saja-saja bertindak menembak anjing di rumahnya, tetapi kerana anjing itu bermain atas beranda rumah dan anaknya terpaksa menyental lantai.
Sementara itu, video lelaki tidak memakai baju yang menembak anjing di depan kawasan rumahnya membuatkan ramai berang kerana kesian mendengar suara anjing itu meraung kesakitan selepas ditembak.
Netizen berbalah di laman sosial kerana ada pihak yang menyokong tindakan dua lelaki itu
Susulan tularnya video-video tersebut yang mendapat perhatian serta mencetuskan perbalahan pendapat dalam kalangan netizen, ramai yang tidak setuju dengan tindakan dua lelaki itu menembak anjing kerana mereka hanyalah haiwan dan tidak mampu berfikir seperti manusia.
Ada juga yang berkata anjing liar di kawasan kampung mereka selalu memakan haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan kambing. Mereka faham akan situasi yang dihadapi dua lelaki itu sehingga mereka bertindak menembak anjing-anjing tersebut.
Antara pendapat daripada netizen di Twitter: