seismik

[VIDEO] Prank Ayah Ada Jiran Call Tuduh Curi Akses Wifi, Reaksinya Pula Jadi Perhatian

Marah betul ayah.

Cover image via @yaaackerman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak jenis prank yang dapat kita lihat di media sosial sekarang

Prank ini dapat menghiburkan hati seseorang, tetapi kadangkala jika tersilap tujuannya boleh mendatangkan kemarahan seseorang itu.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis membuat prank kepada ayahnya dengan membuat panggilan kononnya daripada jirannya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna aplikasi telefon nak prank ayah, saja nak tengok reaksinya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kisah semasa dia cuba membuat prank pada ayahnya melalui panggilan telefon palsu.

Dia kononnya menelefon si ayah kononnya itu adalah jiran mereka dan mengadu akses wifinya telah digodam oleh keluarga mereka.

Situasi itu membuatkan si ayah terkejut sehingga mahu berjumpa sendiri dengan tuan rumah tersebut.

Lihat sambungan video itu di bawah:

"Macam abang dia yang kena prank hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 816.6K views, 80.6K likes dan 1,340 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik ayah dia tak pergi gegar rumah jiran-jiran ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: