seismik

Video Prince Mateen Menari Poco-Poco Tersebar. Comel Tetapi Manly!

Turut kelihatan Yang Di-Pertuan Agong bersama isterinya, Raja Permaisuri Agong juga menyertai menari poco-poco.

Cover image via @arifeddy (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Poco-poco merupakan sejenis senam tarian yang melibatkan beberapa individu atau secara berkumpulan dan sangat popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia

Semalam, tular sebuah video di TikTok memaparkan beberapa kerabat diraja sedang menari tarian poco-poco.

Kemeriahan Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah yang berlangsung malam semalam memukau perhatian seluruh dunia.

Menerusi video tersebut, kelihatan Putera Mateen, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melakukan tarian poco-poco.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kecomelan Seri Paduka Baginda berdua yang sangat mencuit hati.

"Sporting sungguh, comel je" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 52.9K tontonan, 1.1K tanda suka dan 9 komen di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video penuh itu di bawah:

@arifeddy Replying to @Hobi Belanja Online The Royal Poco-poco. Newly wedded Prince Mateen dancing along with Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah. Also seen in the video, Dato Dennis Muhammad (spouse of Tunku Tun Aminah). #Brunei #BruneiRoyalWedding #PrinceMateen #TMSKI #TMSKIMateen #DayangAnisha #dayanganisharosnahbintiadam original sound - Arif Eddy

Sporting betul ya kerabat diraja. Memang tapau habis tarian poco-poco :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: