seismik

[VIDEO] Ramai Kecam Sebab Pegang Anjing, Veterinar Muslim Ini Tampil Beri Penjelasan

Tak semua orang faham.

Cover image via @drima_vet (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Veterinar mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merawat dan menjaga haiwan

Mereka juga boleh digelar sebagai pencinta haiwan. Bukan mudah untuk menjadi seorang veterinar, mereka perlu buang rasa takut pada diri sendiri dan tidak takut dengan stigma masyarakat. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang veterinar dikecam kerana memegang anjing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@drima_vet

Ihsan to every animals including dogs. Thank you @myforeverdoggo for the awesome coverage #vetlife #drima_vet #TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #foryoupage #JomBelajar #dog

original sound - Salehatul Khuzaimah - Salehatul Khuzaimah

Jauhi stigma masyarakat, tegas dan tetap dengan pendiriannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang veterinar muslim memuat naik dirinya memberi penjelasan dan pandangan di akaun TikTok. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menjelaskan bahawa manusia juga mempunyai ihsan terhadap haiwan dan binatang kerana itu juga merupakan ciptaan Tuhan.

Ramai bertindak untuk mengecam veterinar itu kerana dia memegang anjing yang mana Muslim dilarang untuk memegangnya.

Dia juga menjelaskan bahawa dia akan tetap dengan pendiriannya yang perlu mengasihani semua haiwan dan dalam masa yang sama dia juga akan taat kepada perintah Tuhan iaitu merujuk kepada Ustaz untuk hal-hal berkenaan samak. 

"Only Allah can judge everyone. Keep up your good work and ignore them negative minds" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 65K tontonan, 7K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan keberanian doktor itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tetap semangat doktor, tak perlu hiraukan apa yang orang cakap! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: