seismik

[VIDEO] Sebut Semua Menu Dalam Satu Nafas, Pelayan Warung Ini Curi Tumpuan Ramai. Power!

Rileks dia sebut semua menu tu.

Cover image via @dausgh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin

Antaranya adalah makan di restoran atau dine-in yang telah lama ditunggu oleh ramai orang. Pasti suasana makan di kedai amat dirindui bukan?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi cara seorang pelayan warung memperkenalkan semua menunya hanya dalam satu nafas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dausgh

Nak sarap apa gaisss..? jom oder ##fyp ##fyp ##melaka

original sound - FirdausGH

Perkenalkan semua menu hanya dalam satu nafas

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sekumpulan lelaki sedang berada di salah sebuah warung untuk menikmati sarapan bersama.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara gadis yang merupakan pelayan warung itu memberitahu semua menu yang ada setelah ditanyakan oleh mereka.

Gadis itu dilihat memberitahu kesemuanya hanya dalam menggunakan satu nafas saja. Situasi itu membuatkan mereka semua terkejut dan kagum dengan kebolehan gadis itu.

"Bayangkan kalau kena bebel kat dia" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa kagum melihat kebolehannya. Malah, ada juga yang sempat mengusik gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 80.9K views, 9,722 likes dan 271 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Selamba je muka dia masa tengah bercakap tu. Fuh hebat! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: