seismik

[VIDEO] Selamba Berak Depan Rumah Orang, Lelaki Ini Undang Kecaman Warganet

Dia ingat dia kucing ke.

Cover image via @anthraxxx781 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini sebuah video merakamkan tindakan seorang lelaki membuang air besar di hadapan sebuah rumah

Menerusi laporan Borneo Network, difahamkan kejadian yang berlaku di Taman Stapok, Batu Kawa di Kuching itu mendapat kecaman daripada netizen setelah video berkenaan tersebar luas di media sosial.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai mengutuk perbuatan lelaki tersebut dan menegaskan pihaknya akan mengesan lelaki terbabit untuk diambil tindakan sewajarnya.

"Kita akan periksa pemilik kereta terbabit (dalam video yang tular) dan menghukumnya dengan sewajarnya," katanya ringkas.

"Lain kali letak botol air merah tu depan pagar" - Netizen

Video tersebut telah tular di platform X dan meraih sehingga 140K views, 541 likes dan 773 reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Lihat video tersebut di bawah:

Baguslah, dah terang nombor plat tu. Senang pihak berkuasa nak buat kerja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: