seismik

[VIDEO] "Strike" - Gelagat Mak Cik Main Bowling Siap Berbaju Kurung Ini Curi Tumpuan Ramai

Powerlah mak cik!

Cover image via @doaspmuntukmin (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Permainan bowling merupakan permainan yang sesuai dijadikan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga

Secara definisinya, bowling adalah sejenis sukan atau permainan yang dimainkan dengan menggunakan tangan untuk membaling bola bowling ke arah pin sebanyak 10 biji yang disusun menjadi bentuk segi tiga.

Jika 10 biji pin jatuh dengan hanya satu balingan, ia dinamakan sebagai balingan strike.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita berumur bermain bowling dengan memakai baju kurung telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@doaspmuntukmin keno ado gayo baru strike #fyp suara asli - Shycoo

Mula-mula hayun bola, sekali baling terus Strike

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang mak cik sedang bermain permainan bowling yang dirakam oleh anaknya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mak cik itu dengan selamba bermain dengan memakai baju kurung. Malah, dengan hanya sekali percubaan sahaja, dia terus mendapat balingan strike.

Situasi itu membuatkan rata-rata warganet tertarik dan mengatakan mak cik masih kuat memegang bola bowling yang berat itu.

"Kuatnya! Siap hayun bola lagi tu. Terbaik mak cik" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.4M views, 133.4K likes dan 1,600 comments di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Malah, mereka turut memuji kehebatan mak cik itu bermain bowling.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mungkin masa muda-muda dulu mak cik ni selalu main bowling? Power sangat tu :)

Image via Giphy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: